Fairlane apartmen ala hotel

KUMPULAN Low Yat mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi syarikat hartanah pertama di Malaysia menyediakan unit kediaman apartmen ala hotel dikenali sebagai Fairlane Hospitality (Fairlane).

Fairlane yang mempunyai 250 unit apartmen turut memberi lebih nilai kepada pelabur dengan menyediakan servis perkhidmatan bertaraf lima bintang.

Pengarah Eksekutifnya, Low Gee Soon, berkata servis itu disediakan sebagai menghargai kehendak pelabur yang semestinya meletakkan harapan tinggi untuk pelaburan yang dibuat.

“Kebanyakan pelabur masa kini mementingkan kualiti sebelum mengeluarkan perbelanjaan untuk sesuatu pelaburan.

“Maka, Fairlane diyakini dapat memberi kepuasan kepada pelabur memandangkan ia bukan saja dilengkapi dengan ciri kediaman lengkap, malah pelabur akan meraih lebih pulangan terutama jika ia disewakan,” katanya pada majlis pelancaran Fairlane yang dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, Fairlane kediaman mewah menggunakan konsep seperti hotel kerana ia menyediakan khidmat pembersihan, concierge dan cucian pakaian.

Menurutnya, setakat ini 52 pelabur bersetuju membeli 256 unit apartmen disediakan dan mereka mensasarkan untuk menguruskan 200 unit apartmen selepas setahun penjualannya.

Dengan harga setiap unit bermula dari RM750,000, Fairlane turut menyediakan bilik mesyuarat, pusat penjagaan kanak-kanak serta restoran.

X
Loading